Hii

YA ALLAH! YA TUHANKU, JIKA REZEKIKU BERADA DI ATAS LANGIT, MAKA TURUNKANLH IA, DAN JIKA BERADA DI DALAM PERUT BUMI MAKA KELUARKANLH IA,DAN JIKA SUKAR MAKA MUDAHKANLAH IA,JIKA HARAM MAKA SUCIKANLH IA,JIKA MASIH JAUH MAKA DEKATKANLH IA,.. YA ALLAH!! LIMPAHKANLH KEPADAKU REZEKI SEPERTIMANA REZEKI YANG TELAH ENGKAU LIMPAHKAN KEPADA HAMBA-HAMBAMU YANG SOLEH....AAMIIN

Saturday 20 July 2013

Hormon-hormon penting wanita

Dalam masa beberapa minit lagi aku akan masuk tidur sebelum tu aku just nak kongsi tentang kehamilan.. di mana kehamilan ni terjadi akibat dr persenyawaan sperma dan ovum. Utk menghasilkan persenyawaan dan implantasi dua cell ini, maka dia berkait rapat dgn hormon-hormon penting yg perlu wajib ada pd setiap dan semua wanita di dunia ini. Hormon yang sinonim dgn wanita ialah hormon progestrone dan hormon estrogen... apakah itu hormon progestrone dan apa pula hormon estrogen? kenapa perlu ada dua hormon ni?klu xde xleh ke?? uishhh... apa punya soalan daaa...huhu..

klu korang xde hormon estrogen dan progestrone ni bermakna korang bukan wanita ke?? lelaki pn ada juga hormon estrogen tp mereka lebih kepada hormon testosterone..huhu

ok berbalik kepada hormon2 penting wanita ini.. kita kena wajib thu hormon estrogen utk apa dan progestone plak penting utk apa.. kenapa dikatakan PENTING???

Kita tgk satu demi satu ttg hormon2 ini.. HORMON ESTROGEN!!

...ialah hormon yang bertindak untuk menghasilkan ovum..Estrogen ialah mengawal kitaran pembiakan dengan mengatur pembinaan lapisan didalam rahim; progesterone kemudiannya menanggalkan lapisan itu sekiranya tiada kehamilan..lebih mudah lagi utk faham mcmni lah aku citer...

hormon estrogen ni lebih kepada penghasilan ovum2 dari ovari.Selain itu estrogen juga penting dalam mematangkan ovum.. sbb itu sekiranya kita ingin mematangkan dan menghasilkan ovum yg baik dan berkualiti perlu amik supplemen3 yg mengandungi high phytoestrogen..Supplemen2 yg sering kali kita ketahui skrg ni ialah shatavari himalaya, pil clomid salah satunya, susu kambg,kurma,kismis..dan makanan2 yg mempunyai phytoestrogen yg tggi cthnya soya....Ovum yang cantik untuk disenyawakan dalam lingkungan 17mm-21mm. Peningkatan hormon estrogen ni boleh dilihat dari permulaan hari pertama cycle period anda sehinggalah hari ovulasi terjadi. Ovulasi ialah hari dimana telur anda sudah cukup sihat, besar dan matang untuk disenyawakan.. Untuk menambah lagi ilmu korang sume.. ni aku ada copy paste dr sumber2 yg boleh di percayai lah..korang boleh baca tgk..

Estrogen is fundamental to the formation of female sexual characteristics and reproductive function. It carries out a range of tasks for women and these include:

• Promoting the formation of female sexual characteristics
• Accelerating metabolism
• Helping to regulate the menstrual cycle
• Increasing uterine growth
• Preserving bone density
• Protecting against heart disease
• Preserving skin tension.

Jadi aku rasa klu korg nk upgradekan estrogen ni elok lah amik shatavari himalaya, susu kambing diblend dgn kurma dan madu untuk menghasilkan hormon estrogen yg lebih berkualiti dan chanteekkk...

skiranya lebih estrogen akan mengakibatkan masalah pd rahim cth cysts,endomtriosis,fibroid dan lain2 masalah.. jd amiklh pd kuantiti yg berbaloi2..hihihi

Hormon Progestrone plak penting utk apa plak??? Yup... progestrone ni penting utk penempelan janin sekiranya dua cell iaitu sperm dan ovum bercantum... Progestrone ni akan mula beroperasi(huhuhu..ayat xblh blah la..mcm polis plak) dr ovulasi sehingga next period..sekiranya anda pregnant dia akan beroperasi sehingga 3bulan usia bby kot (klu xsalah aku la sbb aku dh xingat dah hasil dr bahan bacaan aku dlu)... so dari bahan yang juga boleh dipercayai.... baca lah sndirik..huhuhu

 Kajian klinikal menunjukkan bahawa hormon memainkan peranan yang penting dalam kesihatan badan serta penjagaan kulit. Salah satu hormon ialah progesteron, yang mustahak untuk membolehkan badan membuat dan mengawal hormon lain seperti cortisol, aldosterone, estrogen dan testosterone. Ini bermakna bahawa progesteron adalah hormon pengasas yang amat penting supaya badan boleh menjanakan hormon-hormon yang lain. 



Progesteron adalah hormon penting bagi kesuburan wanita sama ada untuk memulakan kehamilan atau untuk mengekalkan kehamilan. Perkataan "progesterone" dalam bahasa Latin bermakna “menyokong” atau “membawa” bagi merujuk kepentingan ini.


Bagi mereka yang sering mengalami keguguran, dan telah didiagnosa sebagai mengalami tahap hormone progesteron yang rendah, ini menyebabkan lapisan endometrium (yang telah ‘ditanam’ telur yang telah disenyawakan) akan tanggal dan menyebabkan keguguran, terutama di awal kehamilan. Kekurangan hormon progestrone juga menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya.


Dr John R. Lee, seorang pakar terapi hormon semulajadi dan kesihatan wanita berpendapat bahawa sebab-sebab kekurangan progesteron termasuk cara hidup yang tidak sihat, tekanan hidup, pencemaran alam sekitar, makanan yang kurang berzat, pendedahan kepada bahan-bahan kimia, radiasi, peningkatan usia, menopaus, kurang bersenam, dan sebagainya. Pendek kata, tanpa Progesterone, ketidakseimbangan hormon yang mengakibatkan berbagai masalah kesihatan akan berlaku. Semakin lama, semakin ramai wanita serata dunia dilaporkan mengadu kesihatan mereka terjejas.

so pada aku la.. if korang nak cantikkan telur,nak matangkn telur better amik bahan2 yg mengandungi estrogen yg tggi cthnya soya,susu,kurma,madu,kismis,supplemen shatavari, vitex,clomid,kacip fatimah
 
   

No comments:

Post a Comment