Hii

YA ALLAH! YA TUHANKU, JIKA REZEKIKU BERADA DI ATAS LANGIT, MAKA TURUNKANLH IA, DAN JIKA BERADA DI DALAM PERUT BUMI MAKA KELUARKANLH IA,DAN JIKA SUKAR MAKA MUDAHKANLAH IA,JIKA HARAM MAKA SUCIKANLH IA,JIKA MASIH JAUH MAKA DEKATKANLH IA,.. YA ALLAH!! LIMPAHKANLH KEPADAKU REZEKI SEPERTIMANA REZEKI YANG TELAH ENGKAU LIMPAHKAN KEPADA HAMBA-HAMBAMU YANG SOLEH....AAMIIN

Saturday 20 July 2013

Hormon-hormon penting wanita

Dalam masa beberapa minit lagi aku akan masuk tidur sebelum tu aku just nak kongsi tentang kehamilan.. di mana kehamilan ni terjadi akibat dr persenyawaan sperma dan ovum. Utk menghasilkan persenyawaan dan implantasi dua cell ini, maka dia berkait rapat dgn hormon-hormon penting yg perlu wajib ada pd setiap dan semua wanita di dunia ini. Hormon yang sinonim dgn wanita ialah hormon progestrone dan hormon estrogen... apakah itu hormon progestrone dan apa pula hormon estrogen? kenapa perlu ada dua hormon ni?klu xde xleh ke?? uishhh... apa punya soalan daaa...huhu..

klu korang xde hormon estrogen dan progestrone ni bermakna korang bukan wanita ke?? lelaki pn ada juga hormon estrogen tp mereka lebih kepada hormon testosterone..huhu

ok berbalik kepada hormon2 penting wanita ini.. kita kena wajib thu hormon estrogen utk apa dan progestone plak penting utk apa.. kenapa dikatakan PENTING???

Kita tgk satu demi satu ttg hormon2 ini.. HORMON ESTROGEN!!

...ialah hormon yang bertindak untuk menghasilkan ovum..Estrogen ialah mengawal kitaran pembiakan dengan mengatur pembinaan lapisan didalam rahim; progesterone kemudiannya menanggalkan lapisan itu sekiranya tiada kehamilan..lebih mudah lagi utk faham mcmni lah aku citer...

hormon estrogen ni lebih kepada penghasilan ovum2 dari ovari.Selain itu estrogen juga penting dalam mematangkan ovum.. sbb itu sekiranya kita ingin mematangkan dan menghasilkan ovum yg baik dan berkualiti perlu amik supplemen3 yg mengandungi high phytoestrogen..Supplemen2 yg sering kali kita ketahui skrg ni ialah shatavari himalaya, pil clomid salah satunya, susu kambg,kurma,kismis..dan makanan2 yg mempunyai phytoestrogen yg tggi cthnya soya....Ovum yang cantik untuk disenyawakan dalam lingkungan 17mm-21mm. Peningkatan hormon estrogen ni boleh dilihat dari permulaan hari pertama cycle period anda sehinggalah hari ovulasi terjadi. Ovulasi ialah hari dimana telur anda sudah cukup sihat, besar dan matang untuk disenyawakan.. Untuk menambah lagi ilmu korang sume.. ni aku ada copy paste dr sumber2 yg boleh di percayai lah..korang boleh baca tgk..

Estrogen is fundamental to the formation of female sexual characteristics and reproductive function. It carries out a range of tasks for women and these include:

• Promoting the formation of female sexual characteristics
• Accelerating metabolism
• Helping to regulate the menstrual cycle
• Increasing uterine growth
• Preserving bone density
• Protecting against heart disease
• Preserving skin tension.

Jadi aku rasa klu korg nk upgradekan estrogen ni elok lah amik shatavari himalaya, susu kambing diblend dgn kurma dan madu untuk menghasilkan hormon estrogen yg lebih berkualiti dan chanteekkk...

skiranya lebih estrogen akan mengakibatkan masalah pd rahim cth cysts,endomtriosis,fibroid dan lain2 masalah.. jd amiklh pd kuantiti yg berbaloi2..hihihi

Hormon Progestrone plak penting utk apa plak??? Yup... progestrone ni penting utk penempelan janin sekiranya dua cell iaitu sperm dan ovum bercantum... Progestrone ni akan mula beroperasi(huhuhu..ayat xblh blah la..mcm polis plak) dr ovulasi sehingga next period..sekiranya anda pregnant dia akan beroperasi sehingga 3bulan usia bby kot (klu xsalah aku la sbb aku dh xingat dah hasil dr bahan bacaan aku dlu)... so dari bahan yang juga boleh dipercayai.... baca lah sndirik..huhuhu

 Kajian klinikal menunjukkan bahawa hormon memainkan peranan yang penting dalam kesihatan badan serta penjagaan kulit. Salah satu hormon ialah progesteron, yang mustahak untuk membolehkan badan membuat dan mengawal hormon lain seperti cortisol, aldosterone, estrogen dan testosterone. Ini bermakna bahawa progesteron adalah hormon pengasas yang amat penting supaya badan boleh menjanakan hormon-hormon yang lain. 



Progesteron adalah hormon penting bagi kesuburan wanita sama ada untuk memulakan kehamilan atau untuk mengekalkan kehamilan. Perkataan "progesterone" dalam bahasa Latin bermakna “menyokong” atau “membawa” bagi merujuk kepentingan ini.


Bagi mereka yang sering mengalami keguguran, dan telah didiagnosa sebagai mengalami tahap hormone progesteron yang rendah, ini menyebabkan lapisan endometrium (yang telah ‘ditanam’ telur yang telah disenyawakan) akan tanggal dan menyebabkan keguguran, terutama di awal kehamilan. Kekurangan hormon progestrone juga menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya.


Dr John R. Lee, seorang pakar terapi hormon semulajadi dan kesihatan wanita berpendapat bahawa sebab-sebab kekurangan progesteron termasuk cara hidup yang tidak sihat, tekanan hidup, pencemaran alam sekitar, makanan yang kurang berzat, pendedahan kepada bahan-bahan kimia, radiasi, peningkatan usia, menopaus, kurang bersenam, dan sebagainya. Pendek kata, tanpa Progesterone, ketidakseimbangan hormon yang mengakibatkan berbagai masalah kesihatan akan berlaku. Semakin lama, semakin ramai wanita serata dunia dilaporkan mengadu kesihatan mereka terjejas.

so pada aku la.. if korang nak cantikkan telur,nak matangkn telur better amik bahan2 yg mengandungi estrogen yg tggi cthnya soya,susu,kurma,madu,kismis,supplemen shatavari, vitex,clomid,kacip fatimah
 
   

Rawatan Kesuburan...


Malasnnye nak update. Bizi giler dgn keje2  sekolah. errmm.. malas2 pn tp malam ni aku teringin nak update blog aku ni. Masuk ni dh hr ke 10 kita berpuasa bulan ramadhan.Alhamdulillah so far puasa aku pernuh lg. hihi..

Pada 16 Julai 2013.. Aku dgn husband ada g jumpa doc Hashimee kt Kg Pandan,Kuala Lumpur. Sebelum aku gi jumpa dia, aku ada bt appointment la dgn dia sbb rmai yg berappoinment dgn dia,nnt klu g gitu je xpsl2 aku kena queue panjang.. ahh,malas aku..huhu

Bermulanya kami dgn berjanji pkul 11pg tp aku smpai pkul 11.30pg..huhu Ingat lg sbb hr aku g tu hr selasa. Somi aku amik EL dan aku amik CRK. kami bertolak pkul 10.30 pagi dr rumah. Sesat juga la berkali2 di sana utk mencari clinic doc hashimee tu..

Alhamdulillah,dan selawat serta salam kepada junjungan Nabi Muhammad saw, akhirnya ALLAH beri petunjuk sampai juga kami bertemu dgn clinic beliau. Wlpn amik masa 30 minit lewat, tp semuanya selamat. ALhamdulillah

Tunggu punya tunggu giliran sbb ada juga la 3 patient tgh dlm treatment dia.. akhirnya kami dipanggil utk berdiskusi dgn beliau. Doc Hashimee ni like  a father.. dan very soft spoken. Sgt gentle orgnya. Dia check kami somi isteri dari A to Z.. Hasil dari pemeriksaan beliau..

Suami : hanya 12billion sperm + semuanya aktif = alhamdulillah, tp doc nak upgradekan lg sperm count suami aku dgn memberi ubat speman dan tonik kesuburan lelaki kpd somi aku..

Isteri : period ok range 28-34,tp dia tetapkan period aku cd30,so after this i need to count my cycle of period is 30 la.. Lepas dia tgk cycle period aku, dia tgk result hormon aku, dia kata normal dan subur. Alhamdulillah. elok je.. Tgk pula keadaan ovary dan tiub kanan ok dan bertelur dengan baik. Apabila dia tgk pd sebelah kiri aku tu yg aku rasa xbest sbb apa tau..dia kata ovum aku lambat matang sket sblah kiri, tiub hanya 12%  tersumbat dgn lendir2.. ALLAH3x.. mau terpengsan aku d buatnya, at the end he said no need to worries sbb  subur dan normal elok. Now dia focus on my hubby's sperm dan my tube fallopion on left hand side..

dia ada bekalkan ubat kesuburan utk aku dan clean up my womb.. tp...ermmm... aku on off je makan..ikut2 suka hati aku..hahaha

at last, balik je rmh.. get rid off all the negative thinking. So now, i need to think positive about this..

Memandangkan aku godek2 almari supplemen aku, byk giler supplemen aku..hahaha.. so aku tgk sk alkhisbun dan hulba dah nak tamat tempoh.. before aku makan ubt doc, better aku habiskan dlu sk alkhisbun dan hulba ni... both of this supplemen sgt2 panas, so i need to drink 2-3L plain water perday during ramadhan. boleh ke??


Azam aku.... start on date 20 July 2013,  aku nekad nak habiskan supplemen sk alkhisbun dlu then bru ubat doc.. sbb apa tkut expired la.hahah kang rugi jer aku!

So my daily meal...

Bangun sahur first things -  sk alkhisbun
then drink about 1L air plus 4biji madu

Masa iftar- kurma+ serbuk hulba with 1 glass of plain water
after makan sikit juadah terus minum air 1L lg..
Nk tidur amalkan sk alkhisbun + 500ml air..

ok la kan..so..every day need konsisten smpai habis la sk alkhisbun+hulba tu


Harap, ALLAH izinkan aku mendapat zuriat sndiri..aaminn..

chayokkkk. and dont giveup!